TIPS !
TIPS GUBAHAN HANTARAN SIMPLE
​
Berikut adalah tips-tips untuk gubahan hantaran simple, cantik dan menarik dari Ola Lola.
Sumber : https://siraplimau.com/tips-gubahan-hantaran-simple-cantik-menarik/
​
1. WARNA
Koordinasi​kan w​arna​; hadkan ​dengan tidak melebihi ​dari ​3 warna. Pastikan de​k​orasi dulang anda sesuai dan melengkapi barang yang akan dileta​k​kan.
​
2. KEMAS & RAPI
Pastikan dulang hantaran anda kemas dan rapi. Elakkan dari ​menghias dengan terlalu banyak perhiasaan.
​
3.​ ​SAIZ
Cuba bertukar barangan praktikal yang juga sesuai saiznya untuk diletakkan di atas dulang hantaran anda.
​
4.​ ​BERAT
Jangan letak barang yang berat. Kukuhkan segala barang yang di letakkan atas dulang hantaran anda supaya ia tidak jatuh selama sepanjang majlis anda nanti.
1. BUAT TABUNG KAHWIN
Walaupun belum jumpa calon, buat je tabung kahwin siap-siap. Mana tahu bila dah berkenan dengan putera idaman atau bidadari pilihan, boleh terus kahwin.
​
2. RAMAI YANG MENYESAL SEBAB TAK SIMPAN AWAL-AWAL
Bukan ke bagus kalau kumpul awal-awal. Tak la bersusah di kemudian hari. Ramai pasangan bercinta 10 tahun, tapi tabung kahwin pun tak ada.
​
3. LELAKI ATAU PEREMPUAN, MULAKAN SEKARANG
Kalau majlis anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000.
​
4. BARU ADIL & SAKSAMA
Lelaki kumpul duit kahwin untuk buktikan dia mampu dan kuar berusaha. Dah kahwin nanti nak jadi ketua keluarga.
​
5. BIAR SUSAH SAMA-SAMA
Yang perempuan pulak sama-sama kumpul duit untuk buktikan sama ada dia sudi susah senang bersama lelaki itu.
​
6. KALAU TERPAKSA PINJAM BANK, MAKNANYA ANDA BELUM MAMPU LAGI
Jika anda terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenarnya anda belum mampu untuk memilikinya. Apatah lagu untuk berkahwin. Berkahwin guna mana-mana duit yang ada je.
​
7. KALAU SEBELUM KAHWIN TAK MAMPU SIMPAN JANGAN AMBIL LOAN
Ini ramai buat silap. Kalau sebelum kahwin pun tak mampu nak simpan RM500 sebulan, jangan pula nak ambil pinjaman peribadi ansuran bulanan RM500. Memang senak bak bayar nanti.
​
8. BUAT SIMPANAN BULANAN BERSAMA PASANGAN
Lagi 7 bulan nak kahwin tapi duit tak cukup. Buat simpanan RM1,000 sebulan bersama pasangan, atau boleh kurangkan kos lain yang tak wajib.
​
9. JANGAN BERGANTUNG PADA SATU PENDAPATAN JE
Rajin-rajin buat pandapatan sampingan yang memerlukan modal kecik atau tanpa modal seperti jadi dropship, Uber, Grabcar dan lain-lain.
​
10. DIY SENDIRI PELAMIN, KURANGKAN BAJET KAHWIN
Kalau korang ni jenis kreatif, boleh buat pelamin sendiri. Lebih jimat. Kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, photographer pula tak perlu sampai 3 orang.
VIRAL TIPS!
Menyediakan bajet yang sesuai dengan majlis
Kedua-dua pasangan pengantin perlulah menentukan bajet yang dianggarkan untuk majlis perkahwinan dengan mengambil kira aspek barangan hantaran, catering, cincin, goodies, DJ, pakaian pengantin, pelamin dan sebagainya agar lebih bersedia untuk menikmati hari bahagia. Pihak PCA menyediakan pakej-pakej yang bersesuaian dengan bajet serta dapat memudahkan urusan anda!
Bersedia dari segi kewangan, mental dan fizikal
Bakal pengantin perlulah sentiasa bersedia daripada segi kewangan yang mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan perkahwinan, kesihatan tubuh badan dan juga kesihatan mental. Apabila bakal menuju hari bahagia, sudah tentu pasangan pengantin sangat letih menguruskan banyak hal. Oleh itu, mereka perlulah bijak mengurus masa dan diri.
Berkongsi wang simpanan menggunakan satu akaun bank
Pasangan pengantin seharusnya berkongsi wang simpanan untuk mendirikan rumahtangga kerana dapat mengurangkan beban bagi pengantin lelaki serta menjimatkan masa kerana simpanan bagi dua orang sekaligus dalam satu masa. Pengantin perlu membiasakan diri berkongsi dengan pasangan agar rumahtangga kekal harmoni dan bahagia.
Merancang tentatif lengkap dari awal hingga akhir
Pengantin perlulah bersedia dengan tentatif pra, semasa dan juga pasca majlis agar segalanya berjalan dengan lebih lancar dan teratur. Tentatif dan senarai keperluan serta perkara yang perlu diurus haruslah dibuat sekurang-kurangnya 5-6 bulan terawal agar segalanya terkawal. Pengantin juga perlu peka dengan to-do list agar tidak tercicir dan terlupa. Pihak PCA juga akan memberikan penerangan yang teliti tentang tempahan yang dibuat oleh pelanggan bagi memudahkan urusan.
Penjagaan kecantikan menggunakan AJ Beauty Product
Demi menjaga seri muka raja sehari, kedua-dua belah pasangan pengantin perlulah menjaga kesegaran dan kecantikan wajah agar kelihatan lebih berseri-seri pada hari perkahwinan. PCA menawarkan produk yang sesuai bagi bakal pengantin untuk diguna. Bedak sejuk ratu lewaja serta bolong scrub sangat membantu untuk mendapatkan wajah yang bersih, segar dan cerah. Bolong scrub boleh digunakan sebanyak dua kali seminggu dan anda bakal mendapatkan hasil yang menakjubkan!
VIRAL TIPS!
Pemilihan Lokasi Majlis Perkahwinan
1. Rumah
Lokasi di rumah memudahkan kerja-kerja persediaan dan logistik majlis perkahwinan. Namun, sekiranya ingin dibuat di rumah, pastikan kawasan rumah anda adalah bersesuaian untuk diadakan majlis untuk ramai orang. Untuk melakukan sebarang aktiviti seperti nyanyian, persembahan dan sebagainya, sebaik-baiknya, minta kebenaran daripada jiran-jiran agar mereka tidak rasa terganggu dengan majlis perkahwinan anda. Minta juga kelulusan daripada majlis perbandaran tempatan jika terpaksa menutup jalan di sekitar kawasan rumah anda.
​
2. Dewan
Memilih dewan sebagai lokasi majlis perkahwinan adalah satu pilihan yang bijak. Kadar sewa sesebuah dewan adalah berbeza-beza bergantung kepada saiz, lokasi dan kemudahan yang disediakan. Rancang dan senaraikan kelengkapan yang perlu dibawa ke dewan untuk melakukan persiapan majlis perkahwinan. Fikirkan juga susun atur meja dan kerusi, pelamin dan hiasan dalaman dewan tersebut. Kelebihan utama dewan adalah saiz dan kawasan meletak kereta yang membolehkan anda untuk menjemput ramai tetamu hadir ke majlis perkahwinan anda. Anda juga boleh mengelakkan kesesakan dan gangguan kepada jiran-jiran berbanding jika diadakan majlis perkahwinan di rumah
3. Hotel
Untuk tampak mewah, majlis perkahwinan boleh diadakan di hotel. Kebiasaannya, caj yang dikenakan adalah mengikut jumlah tetamu yang datang. Kelebihan utama memilih hotel sebagai lokasi perkahwinan adalah dari segi kelengkapan majlis yang lengkap disediakan oleh pihak hotel. Begitu juga dengan hiasan meja dan pelamin yang eksklusif, ditambah dengan hidangan makanan yang istimewa. Namun, kehadiran tetamu di hotel adalah terhad anda perlu menyenarai pendekkan dahulu nama tetamu yang perlu hadir supaya tempat dan makanan mencukupi.
​
4. Taman
Di sesetengah tempat, terutamanya di bandar-bandar besar, ramai pasangan pengantin baru yang memilih taman sebagai lokasi majlis perkahwinan. Majlis boleh diadakan secara tertutup, iaitu terhad kepada beberapa orang tetamu, ataupun terbuka kepada semua. Tetapi, anda harus berhati-hati kerana lokasi di taman berdepan dengan risiko cuaca yang tidak menentu. Anda perlu menyediakan satu plan kecemasan jika cuaca tidak mengizinkan majlis diadakan di taman.
5. Masjid atau surau
Tidak salah untuk mengambil berkat dengan mengadakan majlis perkahwinan di masjid dan surau. Selain memudahkan kerja-kerja gotong-royong, sesetengah masjid menyediakan khidmat sewa kanopi, meja, kerusi dan pinggang-mangkuk untuk sesbuah majlis. Namun, beberapa perkara perlu dijaga. Antaranya, hendaklah menjaga aurat, batas pergaulan, jenis acara dan juga kebersihan. Berhati-hati juga agar tidak mengganggu waktu solat dan para jemaah yang hadir untuk bersolat. Dapatkan kebenaran dan nasihat daripada pihak pengurusan masjid terlebih dahulu sebelum mengadakan majlis di tempat tersebut.
Memilih Tarikh Majlis Perkahwinan
1. Tarikh Majlis Sekurang-kurangnya Enam Bulan Akan Datang
Hal ini kerana kebiasaannya dalam tempoh enam bulan ini anda akan sibuk untuk ke sana ke mari untuk uruskan katering, dewan, hantaran, pelamin, fitting baju pengantin, tempah tok kadi dan macam-macam lagi.
​
2. Bukan Dalam Musim Hujan
Cuaca ini memang kita tak boleh nak agak macam mana. Tapi kebiasaannya, hujung tahun ialah musim hujan. Tetapi lain negeri lain pula pattern hujannya. Kena rajinkan semak calendar. Ini kerana, jika anda berkahwin pada musim hujan, macam-macam hal pula nanti. Pakaian pengantin basah. Tetamu pun awal nak balik sampai tak sempat nak tengok pengantin. Tapi kita hanya merancang, allah yang tentukan. Doalah semoga majlis anda semua berjalan lancar.
3. Bukan Pada Minggu Pertama Raya
Mak andam dan pakcik katering pun nak cuti beraya. Tapi kalau anda rasa nak buat juga majlis minggu pertama raya, jangan pula menyesal kalau anda dikenakan caj kos yang tinggi. Tambahan pula orang dalam mood raya bukan mood kenduri.
4. Pilih Tarikh Yang Senang Anda Ingat
Kalau anda dilema sangat, pilihlah tarikh berkembar seperti 2.2.2020 atau 12.12.2020 . atau pun anda pilih tarikh yang ada kena-mengena dengan diri anda seperti tarikh lahir anda atau pasangan anda. Kerananya ianya senang untuk dingati dan senang celebrate anniversary.
Memilih Warna Tema Majlis Perkahwinan
1. Pilih Pelamin
Pemilihan warna pada pelamin juga adalah penting untuk anda kelihatan menonjol di atas pelamin. Elakkan warna yang sama dengan baju pengantin anda. Ianya akan membuatkan anda dan pasangan tenggelam. Untuk lebih selamat, pilih warna putih atau warna-warna lembut untuk pelamin anda. Pemilihan bunga juga perlulah sepadan dengan warna pelamin agar gambar yang diambil oleh jurukamera kelihatan cantik dan sempurna.
​
2. Pilih Majlis (Dekorasi, Scallop, Alas Meja)
Elakkan memilih warna tema majlis yang terlalu serupa dengan tona warna baju pengantin atau keluarga kerana jika warna baju dan alas meja/ dekorasi yang serupa akan menyebabkan gambar anda tenggelam. Oleh itu, pilihlah warna dekorasi yang sesuai dan sepadan dengan tema perkahwinan yang dipilih.
3. Pilih Baju Bridesmaid
Seperti kebiasaan trend masa kini, dayang atau lebih dikenali sebagai bridesmaid juga menjadi salah satu kepentingan bagi sesetengah pengantin. Tema baju untuk bridesmaid juga perlu dititikberatkan bagi menampakkan keindahan dalam fotografi. Pilih warna baju yang lembut dan tidak kontra untuk bridesmaid anda agar anda kelihatan menonjol di kalangan bridesmaid
4. Pilih Baju Keluarga
Sama seperti pemilihan baju bridesmaid, baju untuk keluarga anda mahupun keluarga pasangan juga haruslah warna baju yang lembut dan tidak kontra. Jika anda memilih warna yang terang untuk baju pengantin, pilih warna yang lembut untuk baju keluarga dan bridemaid anda.
Senarai Semak Sebelum Merancang Majlis Perkahwinan
1. Daftar Kursus Kahwin
2. Tetapkan Tarikh Nikah & Majlis
​
3. Medical Check-Up/HIV Test
​
4. Dokumen & Borang Berkaitan Majlis
​
5. Tentukan Tema Majlis
​
6. Sediakan Barang Hantaran
​
7. Gubah Barang Hantaran
​
​
8. Doorgift Untuk Tetamu Anda
​
9. Tempah Jurunikah @ Tok Kadi
​
10. Senarai Nama & Bilangan Tetamu
​
11. Tempah Kad Kahwin
​
12. Tempah Pelamin Idaman Anda
​
13. Tempah Jurusolek @ Mak Andam / Jurugambar
​
14. Tempahan Katering
​
VIRAL TIPS!
Petua Berseri Di Hari Perkahwinan
-
Lagi sebulan nak kahwin, kalau boleh berhenti dahulu berjumpa dengan tunang secara kerap. Bagi rindu tu teperap sedikit.
-
Sebulan sebelum kahwin, seminggu sekali kena minum air ni. Ambil manjakani 3-4 biji (tumbuk) dan ambil halia kering (ketuk-ketuk). Rendam dalam air dan minum hari-hari. Orang kata ianya baik untuk organ intimasi wanita.
-
Berhenti minum air yang bergas dan air sejuk. Kalau tidak semua petua ni tak jadi.
-
Makan vitamin C 1000mg sebiji sehari untuk mengelakkan jerawat kecil naik ke muka.
-
Tiga hari sebelum kahwin, ambil putih telur dan sap uke atas muka, tengkuk, belakang tengkuk dan dada sedikit setiap malam sebelum tidur.
-
Satu minggu sebelum kahwin, sapu minyak zaitun di rambut sampai basah. Esok pagi, gosok rambut dan satu badan dengan limau nipis dan limau purut. Terutama dekat celah-celah badan semuanya. Orang kata petua ni bagus sekali sebab nanti masa kita first time bersama dengan suami, dia akan rasa lain sangat-sangat. Bau badan kita terutamanya.
-
Kurangkan make-up, kalau boleh tak payah pakai make-up langsung. Pakai pelembap, sun screen dan bedak sahaja. Jangan terlalu make-up.
-
Elakkan mandi malam dan kalau boleh satu minggu sebelum berkahwin. Pergi buat rawatan mengurut secara tradisional untuk memperbetulkan segala urat-urat yang berkenaan. Tak nak lah badan berangin dan lenguh-lenguh sendi di malam pertama nanti.
-
Gunakan produk Aniey Juhaini Beauty & Health iaitu Bolong Scrub, SE Bolong Scrub dan Bedak Sejuk Ratu Lewaja untuk kelohatan berseri-seri di hari perkahwinan. Ianya dapat melembutkan kulit dan menjadikan kulit kelihatan cerah.
-
Jangan tinggal solat. Air sembahyang tu banyak faedahnya. Banyakkan membaca Al-Quran bagi mengelakkan gangguan daripada syaitan.
Pantang Larang Orang Lama Untuk Bakal Pengantin Baru
-
Pasangan yang bakal berkahwin dinasihatkan agar jangan keluar dengan pasangannya selama 40 hari sebelum tibanya hari diijabkabulkan. Bukan sahaja bertujuan untuk mengelakkan fitnah, ia juga bertujuan untuk mengawal hawa nafsu antara lelaki dan perempuan.
-
Bakal pengantin dinasihatkan agar tidak bermalam di rumah orang atau rumah bakal pasangannya kerana dikhuatiri boleh terkena ilmu yang tdiak baik. Tapi hikmahnya larangan ini, ia memastikan pengantin menjaga nama baik keluarganya sebelum dinikahkan.
-
Bakal pengantin dilarang berjalan jauh atau bebas keluar ke mana-mana sahaja, dikhuatiri takut terkena santau atau ubat guna-guna. Momokan-momokan ini sebenarnya lebih bertujuan untuk menghindari berlakunya kecelakaan atau sebarang kemlangan yang tidak diingini. Inilah yang orang katakana, bakal pengantin itu berdarah manis.
-
Bakal mempelai dinasihatkan supaya tidak makan nasi bersulam kuah atau gulai, beberapa bulan sebelum nauk pelamin untuk mengelakkan perut buncit. Satu lagi petua yang bagus diamalkan, jangan minum air setengah jam selepas makan nasi. Tunggulah sehingga setengah jam berlalu selepas makan nasi, barulah teguk air suam.
-
Pastikan bakal pengantin menjauhi makanan yang kuat dan sengit baunya seperti durian, jering dan petai. Kesemua makanan sebegini boleh mengeluarkan bau peluh yang kuat dan busuk. Jangan sampai Tok Kadi pening kepala sebelum sempat nikahkan kalian.
-
Orang yang bakal berkahwin juga dipesan supaya tidak memandang cerin atau bercermin muka pada waktu senja atau Maghrib. Ia dikatakan untuk mengelakkan diri daripada terkena perkara-perkara sihir. Hikmahnya adalah pengantin disuruh bersiap sedia membersih dan menyucikan diri untuk mengerjakan ibadat Maghrib. Bukannya leka membelek muka sendiri di cermin.
-
Jangan mandi malam-malam kerana ia bukan saja membuat badan berasa bisa-bisa, malah ia melemahkan sendi.
-
Pengantin lelaki diingatkan supaya tidak memakai seluar dalam atau seluar jeans yang terlalu ketat. Ia dikatakan tidak bagus untuk peredaran darah sehingga boleh menjejaskan kekuatan organ seksual kelelakiannya.
-
Satu lagi petua untuk pengantin lelaki, mereka diingatkan supaya tidak mengamalkan tidur dalam eadaan meniarap. Ia dikatakan tidak bagus untuk alat kelamin lelaki.
-
Bakal pengantin dipesan supaya kurangkan makanan manis kerana jika ada penyakit kencing manis, kelak dikhuatiri pasangan baru bernikah ini lemah syahwat lantas menghdapi masalah untuk bersama.
Petua Rumah Tangga Bahagia
-
Selalu melakukan kegiatan bersama seperyi makan, berjalan, membeli-belah, beriadah dan mandi bersama
-
Galakkan isteri tidur di atas lengan suami.
-
Kreatif mencipta suasana harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
-
Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis ketika bercinta dan berbulan madu.
-
Masing-masing kena lebih mesra dengan keluarga mertua keran sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mertua boleh menasihati.
-
Suami jangan tumpu perhatian berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
-
Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesame ahli keluarga.
-
Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan menegakkan pendapat sendiri.
-
Kerua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya.
-
Keluarga Islam amalkan sembahyang berjemaah bersama ahli keluarganya.
Tips Persediaan Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin Baru PKPP
-
Menghadkan jemputan
-
Ahli keluarga, sahabat handai terdekat sahaja.
-
Limitkan bilangan tetamu.
-
Jarakkan setiap tempat duduk.
2. Jamuan “Take Away”
-
Makanan sudah siap bungkus, tetamu ambil makanan dan makan di tempat yang disediakan.
-
Ambil makanan bungkus untuk tetamu bawa pulang.
3. Buat sidang Live
-
Upah seseorang untuk rakam detik indah majlis anda secara live. Agar kenalan yang tidak hadir boleh turut serta menonton Majlis Perkahwinan anda (ramai yang akan faham, ini musim virus)
Tips Memilih Pakej Perkahwinan Terbaik
1. Cari maklumat dan buat rujukan
-
Pengantin harus tahu apa yang diperlukan semasa majlis perkahwinan.
-
Cari maklumat dan berkunjung ke pameran pengantin, majalah, dan internet di blog dan website.
2. Tengok kualiti pakej ditawarkan
-
Ikut kemampuan diri untuk memlilih pakej.
-
Pilih pakej sederhana tetapi menepati citarasa yang dimahukan.
3. Lihat perkhidmatan butik
-
Pastikan butik tersebut berpengalaman dalam bidang perkahwinan.
-
Lihat rekod perkhidmatan baik atau tidak.
-
Lihat testimoni dari pelanggan yang pernah menerima perkhidmatan di butik itu.
4. Pastikan rekaan pelamin dan baju dari butik itu
-
Ini mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini berlaku.
-
Memastikan baju dan pelamin dapat disiapkan seperti masa dijanjikan.
5. Buat tempahan di butik berdekatan.
-
Elakkan membuat tempahan pakej dengan butik yang jauh dari tempat tinggal anda terutama melibatkan pelamin, khemah dan katering.
-
Misalnya penduduk di kawasan tawau boleh berkunjung ke butik terdekat seperti butik Pesona Cinta Andaman.
Cara Kurangkan Kos Perbelanjaan Majlis Kahwin
​
1. Jadi kreatif
-
Barang seperti hantaran, kad kahwin, dan doorgift boleh dibuat sendiri tanpa mengupah orang lain.
-
Minta bantuan dari ahli keluarga atau kawan-kawan untuk menghias barang-barang itu.
2. Beli kain dan hantar ke kedai tukang jahit
-
Tidak perlu ke kedai ternama untuk membeli baju kahwin.
-
Beli sahaja kain dan hantar ke kedai tukang jahit baju.
-
Bayaran upah menjahit hanya dalam RM100-RM200.
3. Fotografi
-
Tidak perlu upah jurugambar profesional.
-
Upah sahaja jurugambar sambilan, pelajar, atau sesiapa yang minat dalam bidang jurugambar.
-
Bayaran untuk mereka lebih murah berbanding jurugambar profesional.
4. Hiasan Bunga
-
Tidak perlu beli bunga segar atau hidup kerana sangat mahal.
-
Beli bunga plastik yang kelihatan seperti bunga segar.
5. Pilih pakej murah dan jimat
-
Banyak weeding planner yang sentiasa menawarkan harga jimat.
-
Pilih pakej terbaik dan berbaloi
Tips Gambar Perkahwinan Lebih Cantik
1. Mekap
-
Mekap pasangan pengantin harus cantik dan sesuai dengan warna kulit.
-
Cari mekap artis ( MUA ) yang berpengalaman mereka tahu untuk mencantikkan wajah seperti dapat menutup jerawat di muka dengan menggunakan mekap.
2. Baju Pengantin
-
Warna baju pengantin memainkan peranan penting untuk anda kelihatan cantik dan menawan.
-
Elakkan mengambil baju warna merah menyala dan baju yang kelihatan lusuh.
-
Ambil warna-warna lembut ( pastel ).
3. Pemilihan pelamin
-
Pilih pelamin cerah kerana pencahayaan cukup.
-
Ambil warna lampu yang yang lembut bukan warna warni untuk mengelakkan cahaya bertukar-tukar warna.
4. Pemilihan tempat
-
Pemilihan tempat seperti dewan yang besar sangat penting kerana memudahkan jurukamera untuk mengambil gambar.
Tips Simpan Duit Untuk Kahwin
1. Simpan duit dalam ASB.
-
Buat pinjaman Amanah Saham Bumiputera.
-
Cara ini paksaan ke atas diri untuk menyimpan secara disiplin dan sistematik.
​
2. Simpan duit dalam Tabung Haji.
-
Selain itu, anda juga boleh membuat simpanan di Tabung Haji (TH).
-
Setiap tahun, TH akan mengagihkan keuntungan yang diperoleh dalam bentuk hibah dan bonus.
-
Malah, anda juga boleh membuat simpanan di bank lain seperti Maybank, AmBank, Affin, Hong Leong, Public Bank dan sebagainya.
​
3. Buat kerja sampingan
-
Bagi pihak perempuan anda boleh menjadi dorship tanpa keluarkan modal.
-
Menjadi orang tengah untuk membuat promosi dan melayan pertanyaan pelanggan.
4. Buat tabung kahwin
-
Tabung ini bukan simpan duit di bank tetapi simpanan yang anda pegang dan ikut kreativiti sendiri.
-
Contohnya, simpan RM5 dalam tabung setiap hari.
-
Dalam sebulan sudah RM150, setahun dah jadi RM1800, kalau 2 tahun RM3600.
-
Walaupun sedikit tetapi dapat membantu menambahkan duit kahwin.
​
5. Elakkan hutang kad kredit dan potong langganan yang tidak penting
-
Lebih baik bayar barang selalu menggunakan cash.
-
Langganan majalah-majalah atau langganan khidmat Astro.