top of page
https___d1e00ek4ebabms.cloudfront.net_pr

CORONAVIRUS 

@

COVID-19

photo_2020-06-16_15-56-21.jpg
photo_2020-06-16_15-56-05.jpg
photo_2020-06-16_15-56-33.jpg
photo_2020-06-16_15-56-43.jpg
photo_2020-06-16_15-56-28.jpg
photo_2020-06-16_15-56-49.jpg
photo_2020-06-16_15-55-29.jpg
photo_2020-06-16_15-54-56.jpg
photo_2020-06-16_15-55-40.jpg
photo_2020-06-16_15-55-47.jpg
photo_2020-06-16_15-55-35.jpg
photo_2020-06-16_15-56-53.jpg
photo_2020-06-16_15-55-54.jpg
photo_2020-06-16_15-56-38.jpg
photo_2020-06-16_15-55-20.jpg
photo_2020-06-16_15-56-16.jpg
photo_2020-06-16_15-55-59.jpg
photo_2020-06-16_15-56-11.jpg

KES COVID-19 

DI TAWAU, SABAH

D6sltAJX4AEBfEk.jpg
tawau-1.jpg

Tawau — 1 kes aktif (Jumlah: 86)

​

MUKIM                       AKTIF                           JUMLAH

Sri Tanjung                                  NA                                                     57

Balung                                          NA                                                     12

Kalabakan                                      0                                                       10

Wallace Bay                                  0                                                        0

Brumas                                          0                                                        0

Merotai                                          0                                                        6

photo_2020-06-16_19-12-58.jpg

BERITA TAWAU

COVID-19: 135 penuntut IPT dikuarantin di IPG Kampus Tawau

Oleh Abdul Rahemang Taiming

bhnews@bh.com.my

 

TAWAU: Seramai 135 penuntut institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang pulang dari Semenanjung dikuarantin di Pusat Kuarantin, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau, di sini, hari ini.

 

Difahamkan pergerakan pulang kumpulan penuntut dari pelbagai universiti itu menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) petang semalam.

 

Mereka kemudiannya menyambung perjalanan pada jam 10 malam melalui jalan darat menggunakan sepuluh buah bas sebelum tiba di sini, kira-kira jam 9.15 pagi.

 

Penyelia Pusat Kuarantin IPG Tawau, Kapten (APM) Hussien Mohd Nor, berkata IPG Tawau merupakan salah satu Pusat Kuarantin bagi Zon Tawau yang merangkumi daerah Semporna dan Kunak serta mampu menampung seramai 800 penghuni dalam satu masa.

 

Katanya, terdapat tiga blok penginapan digunakan untuk menempatkan individu dalam siasatan (PUI) termasuk pelajar dan orang awam yang baru pulang dari Semenanjung dan luar negara.

 

"Orang ramai tidak perlu khuatir kerana selain tiga blok yang digunakan sekarang Alamanda; Dahlia; dan Mawar, kita ada satu lagi blok tambahan iaitu blok Teratai yang mampu menempatkan kira-kira 200 penghuni.

 

"Malah, sekiranya keadaan mendesak, asrama di Kompleks Sukan Tawau yang baharu digazetkan sebagai Pusat Kuarantin juga bersedia menerima penghuni pada bila-bila masa," katanya ketika ditemui media semasa menyambut kehadiran penuntut IPT untuk dikuarantin di IPG Kampus Tawau hari ini.

 

Beliau berkata ketika ini, selain 14 penghuni sedia ada, seramai 348 orang termasuk 199 rakyat Sabah yang baru pulang dari Semenanjung menggunakan pengangkutan udara melalui Lapangan Terbang Tawau petang semalam turut ditempatkan di pusat kuarantin berkenaan.

 

Mengulas mengenai rungutan individu yang mendakwa tidak mendapat layanan baik di pusat itu, beliau menjelaskan ia adalah kes terpencil.

 

"Di sini, kita bekalkan makanan bermasak secara katering mengikut jadual. Bagi yang berpuasa juadah bersahur dan berbuka disediakan manakala bagi yang bukan Islam menu disediakan seperti biasa, termasuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam," katanya.

COVID-19: Penumpang penerbangan KL-Tawau MH2664 diminta tampil jalani ujian

Oleh Abdul Rahemang Taiming

bhnews@bh.com.my

​

TAWAU : Pejabat Kesihatan Kawasan (PPK) Tawau, menggesa penumpang yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 26 Mac lalu tampil menjalani ujian saringan COVID-19.

 

Memetik kenyataan di laman Facebook rasmi pejabat kesihatan berkenaan, keutamaan menjalani saringan adalah kepada penumpang yang duduk di barisan 18 hingga 24.

Berdasarkan kenyataan itu juga, penumpang terbabit diminta supaya menghubungi PKK Tawau di talian 016-4729314 atau 019-8695855 secepat mungkin bagi menjalani saringan COVID-19.

 

Terdahulu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Christina Rundy, meminta orang awam supaya tidak panik dengan notis yang dikeluarkan pejabat kesihatan yang meminta kontak positif supaya tampil menjalani ujian saringan COVID-19.

 

Jelasnya, notis berkenaan dikeluarkan dari masa ke semasa bagi menghubungi kontak kes positif COVID-19 supaya mereka datang menjalani pemeriksaan di fasiliti kesihatan yang berhampiran.

 

Katanya, langkah itu perlu dilakukan bagi memastikan mereka yang terdedah kepada kes positif COVID-19 dapat dikesan lebih awal.

 

“JKNS amat menghargai usaha orang awam yang menghubungi Pejabat Kesihatan jika ada notis yang dimuat naik dalam laman sosial seperti facebook dan whatsapp oleh Pejabat Kesihatan,” katanya.

 

Setakat semalam, daerah Tawau merekodkan 70 kes positif COVID-19 dengan satu kes kematian.

 

Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sabah adalah 260 kes dengan tiga kematian direkodkan selain 103 kes pulih sepenuhnya.

Korban ketiga Covid-19 selamat dikebumikan di Tawau

MyMetro

 

JENAZAH lelaki warga tempatan yang meninggal dunia akibat jangkitan koronavirus baharu (Covid-19), semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Tawau, 10.20 malam tadi.

​

Jenazah lelaki berusia 58 tahun membabitkan kes ke-152 daripada kluster jemaah tabligh yang berhimpun di Seri Petaling di Kuala Lumpur, tiba di tanah perkuburan itu dari Hospital Tawau, kira-kira 10 malam.

​

Lima petugas hospital yang berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE), mengangkat jenazah menggunakan pengusung hospital.

​

Tidak seorang pun, termasuk media dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan, sehingga selesai pengebumian jenazah yang juga kematian ketiga akibat Covid-19 di negara ini.

​

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac selepas dikesan positif Covid-19, dan mengalami simptom Infeksi Saluran Pernafasan Akut Teruk, serta diberi bantuan pernafasan.

​

Keadaan kesihatannya didapati merosot dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.​

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 12:23 AM

bottom of page