top of page
photo_2020-05-04_23-52-28_edited_edited.

TENTANG KAMI

Pesona Cinta Andaman merupakan sebuah agensi pengurusan acara di Tawau, Sabah yang memberi tumpuan kepada pengurusan majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah dan majlis-majlis lain. Syarikat ini telah beroperasi sejak tahun 2009 sehingga kini. Pesona Cinta Andaman bukan sahaja menyediakan perkhidmatan bagi masyarakat berbangsa Melayu, malah masyarakat berbangsa lain juga. Kami sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik mengikut kehendak dan permintaan pelanggan agar mereka mendapat kepuasan dengan hasil kerja kami. Segala idea yang bernas sentiasa diutarakan bagi memudahkan urusan para pelanggan. Kami juga akan merealisasikan impian pelanggan bersesuaian dengan permintaan serta bajet yang diberikan.

Pesona Cinta Andaman ialah nama syarikat. Idea asalnya dari pemilik dengan melihat setiap manusia pasti merasai nikmat cinta samada di cintai atau mencintai. Namun, Cinta Allah yang Agung.

00:00 / 04:19
photo_2020-05-03_20-34-00_edited.jpg

Simbol Cincin Berlian kebiasaannya sebagai lambang cinta/perkahwinan dan juga membawa makna huruf P,C & A

Andaman kami menyediakan perkhidmatan Andaman/ Wedding Event Planner dari A-Z

BUTIK PCA

photo_2020-06-16_01-39-38.jpg

PENGASAS PCA

PN.JUHAINI BINTI HAKI

photo_2020-06-16_01-40-23.jpg

STAF PCA

photo_2020-06-16_01-40-30.jpg
OBJEKTIF
PESONA 
CINTA
ANDAMAN

- Menyediakan perkhidmatan event dan memasarkan produk ke seluruh dunia

- Mengurangkan tekanan kepada bakal-bakal pengantin dalam menguruskan perjalanan majlis perkahwinan mereka

- Memberikan kepuasan dan kegembiraan kepada pelanggan

- Komited untuk peningkatan mutu perkhidmatan yang berterusan

- Layanan yang eksklusif, cekap dan mahir

-Menjana pendapatan peniaga dan syarikat ke arah lebih berjaya dan dinamik

- Membawa anjakan paradigma kepada usahawan-usahawan bumiputera dan melahirkan lebih ramai jutawan berkualiti

- Berdaya saing dan cekap

VISI

Menjadikan Pesona Cinta Andaman sebagai Wedding Event Planner paling menawan dan berkualiti di Tawau dengan memberikan kegembiraan kepada setiap pelanggan, keluarga dan syarikat yang menggunakan perkhidmatan. Kami juga ingin memberi peluang niaga untuk menjana pendapatan kepada peniaga dan syarikat-syarikat korporat dan seterusnya mendapat keredhaan Allah S.W.T (Matlamat melahirkan 5 jutawan pada tahun 2025)

MISI

Meluaskan perniagaan perkhidmatan Event Planner di Borneo dan dikenali di seluruh Malaysia pada tahun 2023.

bottom of page